Wednesday, May 5, 2010

Kangkang: Kisah Gadis Suci

“Saya nak pergi kangkang . Kamu nak ikut?”
Ini mungkin ayat yang sangat pelik dan luar biasa yang keluar dari mulut seorang gadis ayu, sopan dan bertudung litup apabila mengeluarkan perkataan yang mungkin agak kurang enak didengar dek telinga. Dan mungkin ayat ini yang akan terkeluar dari mulut ku;
“Hah? kamu nak pergi apa????”
Dengan slumber pula dia menjawab,
“Itu… Nak pergi kangkang kat tepi jalan sana tu haaaa~” sambil menuding jari ke arah bangunan ditepi jalan yang berhampiran.
Ya Allah! Apa sudah jadi? Betul lah sekarang ini dunia memang sudah hampir kiamat! Apa sudah hilang akal kah gadis ayu dihadapanku ini hingga boleh berkata seperti itu? Sudah sakit mental kah gadis ini? Dengan serta-mertanya aku menepuk kepala yang tidak dihinggapi nyamuk, lalu berkata…
“Astarghfirullah’alazim! Apa yang kamu nak buat nih? Sejak bila kamu terpesong? Aper dah tak tahu malukah kamu? Ya Allah… kesianlah dekat mak ayah kamu tu… dari kecil mereka ajar kamu jadi anak yang sopan. Dah besar panjang macam nih, nak buat benda tak senonoh pula?”
Jerkah ku. Puas hati! Orang yang sudah tidak sedarkan diri perlu diingatkan. Agar tidak menjadi fitnah dikemudian hari. Tapi, lain pula jadinya. Dengan muka hairan dan tidak puas hati, si gadis ayu menjawab;
“Eh! Apa yang kamu merepek nih? Bila pula saya kata, saya nak buat benda tak senonoh?”
Aduh, bertambah ‘panas’ hatiku! Beria-ria aku marah dan cuba hendak mengingatkan dia, dikatanya aku merepek pula!
“Apa pula saya yang merepek? Kamu tu yang merepek! Yang kamu nak pergi mengangkang kat tepi jalan tu buat apa?”
“Kah~kah~kah~” Kata-kata ku dijawab dengan deraian tawa dari gadis ayu tersebut. Ketawanya kelihatan hampir pecah perut..
“Sah lah… memang dah tak waras agaknya gadis didepan aku nih. Kesian~ muda-muda lagi, sudah sakit mental…” kata hati kecil ku. Selepas ketawanya reda, si gadis terus menarik diriku ketepi jalan, lalu menuding jari ke arah sebuah kedai. Terkesima aku melihat kedai tersebut…



“Hah, inilah Kang Kang nya… Kamu fikir saya nak buat apa???” Jerkah gadis tersebut kepada ku pula. Dengan perasaan yang sangat bengang bercampur geli hati, aku pun menjawab…
“Alah! Cakaplah nak pergi KEDAI KASUT !! Ini, nak pergi KANGKANG … nak pergi KANGKANG … Haishhh!!!~”
p/s: Kedai Kasut Kang Kang ini adalah kedai kasut yang popular di Bukit Gambir, Muar. Sebelah dengan kedai baju yang saya jaga waktu bulan puasa yang lepas. Ianya bukan saja popular kerana potongan harga kasut yang sering ditawarkan. Malah ianya lebih popular kerana nama kedainya yang agak lawak bila disebut… huhu~

05.05.2010-LADAP

salam semua...wah3 dah lama aku tak update blog nie..dulu kat miri rajin gak aku update blog nie..skang nie sejak duk kat semenanjung nak tengok internet pun uat syarat aje..kadang2 tu nak buka internet pun malas..banyak kerja rasanya...ari nie aku rajin update sebab skang nie tgh ada ladap dalam pembinaan blog..memandang aku dah ada blog, aku just upadate aje la..hahahaha

Tuesday, January 5, 2010

My Cute BabY

Hai semua..dah lama rasanya tak tulis blog nie...sekarang dah masuk tahun 2010..macam2 kenangan yang ada semasa 2009..susah untuk dilupakan..pada tahun 2009 tersebut la, aku mengandung dan melahirkan seorang baby girl..



Ini lah baby aku semasa usianya baru 1 hari.. (NURIN AMANI BINTI MAHAYUDIN)



Yang baju pink tu semasa usia nurin genap 1 bulan........






Nurin nie la permata hatiku dan suamiku....

Dalam masa yang sama aku dapat transfer ke semenanjung..seronok sangat..TAPI yang sedihnya terpaksa tinggalkan kawan2 kat miri terutamanya "HOUSEMATE" aku yang semuanya sporting dan gila222..susah dah nak dapat housemate macam dorang tu...Rindu la kat dorang...




Selain itu juga cikgu2 kat sekolah pun aku kena tinggalkan...terutamanya cikgu Hamidon(cikgu yang selalu temankan aku gi kantin dan tempat aku bertekak ngan dia), cikgu nasir(cikgu pengakap yang best) dan cikgu2 lain..Jasa dan tunjuk ajar yang cikgu2 SMK Baru berikan tak akan aku lupakan...Thanks a lot...

Friday, November 27, 2009

selamat hari raya aidil adha....

Salam semua...dah lama rasanya tidak tulis dalam blog nie..Apa2 pun saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kepada semua mereka yang mengenali diri ini..

Nampaknya mulai tahun depan saya kena mengajar sek baru..hehehehe..maklumlah dah dapat transfer...tapi sedih gak kena tinggal kawan2 lama kat sekolah lama..

Kat mana pun saya mengajar, tempat yang asal pasti tak akan dilupakan...

nanti sambung lagi yea..

Sunday, July 5, 2009

me N my hubby..Baby????coming soon...




Assalammualaikum & hai semua..inilah hasil kerja aku sementara nak gi solat isyak..hehehehe...doakan supaya kami berdua sentiasa kekal dan bahagia selama2nya..AMINNNNN..

Tuesday, June 30, 2009

hai..hai..hai..

nape nyah.teriba hari nie nak tulis blog nie..tapi tetiba syok nak tulis blog..my hubby lak call..so postponed la nak tulis blog.heheheh..bye..

Saturday, May 2, 2009

Cerita HaRi INI

Hai kawan2..dah lama rasanya tak updated blog nie..bukan tak nak updated tapi sejak kebelakangan nie..nak buka laptop pun malas..dalam bulan April yang lepas, macam2 perkara yang manis berlaku..yang paling bahagia bila diriku nie didapati mengandung 1 bulan lebih..akhirnya saat yang aku tunggu2 tiba jua..harap2 kandunganku dan diriku akan sihat dan selamat hendakNya..bulan April jugak aku uat permohonan transfer ke semenanjung..Harap2 permohonan kali nie berjaya hendakNya..Dalam keadaan aku yang berbadan dua nie, seboleh2 nya biarlah suami dan familyku berada disisi. Sedih rasanya bila nak gi klinik atau hospital, aku kena gi sorang2 atau housemate yang akan temankan..Kesian kat dorang semua kerana terpakasa nak "menjaga" aku dalam keadaan begini...(Thanks izza, aeni, yani dan reen kerana sudi melayan karenah ibu mengandung ni)


Hari nie(2 Mei 2009) aku&cikgu nasir jadi guru pengiring tuk student aku sempena pertandingan GANGSHOW PENGAKAP di Boulevard miri..Best gak tgak dorang uat persembahan..walaupun sekolah aku tak dapat tempat ketiga, kedua atau pertama tetapi mereka dapat tempat kelima daripada 8 buah sekolah yang bertanding..Tahniah ku ucapkan kepada mereka yang menyertai terutama semangat mereka yang berkobar-kobar untuk menyertai pertandingan nie...kalah tahun nie tak bermakna akan kalah tahun depan kan...